Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NASA Ingin Membangunkan Jet Penumpang Supersonic Yang Senyap Dan Efisyen

Bercakap mengenai jet penumpang yang bergerak laju, salah satu yang popular adalah Concorde. Namun salah satu masalah menyebabkan ia berhenti beroperasi adalah kos operasinya dan juga bunyi yang dihasilkannya olehnya yang sangat menganggu.

Terkini, NASA mengumumkan mereka ingin merekabentuk dan membangunkan jet penumpang dengan kelajuan supersonic yang mengatasi kedua-dua masalah tersebut – membuatkan ia lebih senyap dan pada masa yang sama lebih efisyen.

NASA Supersonic

Inisiatif baru ini hadir dibawah projek “X-planes”. Untuk tempoh permulaan, rekabentuk awal akan dibangunkan yang mana akan memfokuskan kepada mengurangkan kadar pencemaran bunyi yang dihasilkan apabila ia bergerak pada kelajuan yang melangkaui kadar kelajuan bunyi.

Secara kasar, NASA ingin merekabentuk jet penumpang yang boleh bergerak pada kelajuan melangkaui bunyi (~1063km/j) – sekaligus membolehkan pengguna bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan pantas berbanding pada hari ini. Sebelum ini, Concorde telah hadir dengan rekaan jet penumpang yang bergerak pada kadar dua kali ganda kelajuan berkenaan.

NASA dijangka akan membuat ujian penerbangan untuk jet penumpang mereka ini sekitar 2020 – dan seperti biasa ia bergantung kepada latar pembangunan dan perbelanjaan dana untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NASA Ingin Membangunkan Jet Penumpang Supersonic Yang Senyap Dan Efisyen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info