Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 5X Melalui Ujian Letupan Untuk Membuktikan Ketahanannya

Honor sering hadir dengan ujian peranti yang kadang-kala tidak masuk akal, dan terkini, Honor di India memperlihatkan ujian letupan mercun yang dilakukan pada Honor 5X.

Honor 5X

Honor 5X merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan terkini daripada Honor, hadir dengan rekaan berasaskan logam, dan turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari padanya.

Melalui ujian letupan yang dilakukan, Honor melilitkan peranti honor 5X dengan sejumlah mercun. Selepas melalui letupan, Honor 5X dilihat masih kekal dapat berfungsi, walaupun terdapat sedikit kecacatan pada skrin akibat letupan yang dilakukan. Kerangka belakangnya hanya memperlihatkan kesan letupan yang mana boleh dihilangkan dengan mengelapnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 5X Melalui Ujian Letupan Untuk Membuktikan Ketahanannya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info