Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LMCable Mengabungkan Kepala Pengecas Mikro-USB Dan Lightning – Guna Bersama Android Atau iPhone

Seperti ramai sedia maklum, telefon pintar dan tablet daripada Apple menggunakan kepala pengecas tersendiri yang dinamakan sebagai penghubung Lightning, sementara peranti Android pula menggunakan pengecas berasaskan mikro-USB.

Sekiranya anda menggunakan peranti daripada kedua-dua platform berkenaan, salah satu masalah yang mungkin dihadapi anda adalah terpaksa membawa kabel tambahan sekiranya ingin keluar ke mana-mana, dan pada masa yang sama memerlukan perhatian lebih supaya tidak terhilang atau tertinggal sesuatu kabel.

Untuk mengatasi perkara ini, salah satu projek yang sedang mengumpulkan dana pada KickStarter adalah LMCable. Ia mengabungkan kepala pengecas Lightning dan mikro-USB dalam satu kepala yang sama, dan menggunakannya untuk mengecas kedua-dua jenis peranti tanpa masalah.

LM Cable

Perkara ini dijayakan dengan penggunaan rekaan mikro-USB pada sebahagian, dan sebahagian lagi direkabentuk untuk penggunaan port Lightning. Ini menjadikan pengguna Apple tidak boleh menggunakan kepala pengecas secara terbalik seumpama yang dilakukan sekarang, dan hanya boleh menghubungkan ia kepada peranti dengan satu arah sahaja.

Perekanya menyasarkan untuk memasarkan kabel LMCable ini menjelang bulan April kelak, dan buat masa ini sedang melalui proses mengumpulkan dana melalui Kickstarter.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LMCable Mengabungkan Kepala Pengecas Mikro-USB Dan Lightning – Guna Bersama Android Atau iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info