Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ford Mempatenkan Sistem Wayang Bergerak Di Dalam Kereta Panduan Automatik

Kenderaan panduan automatik ialah evolusi terkini yang sudah mula digunakan pada kereta. Volvo sudah menggunakannya pada model XC90 untuk memasukkan kenderaan ke dalam petak meletak kereta secara automatik. Tesla Model S pula boleh memandu di lebuh raya dengan sendiri tanpa sebarang input dari pemandu. Umum kita ketahui Google sudah mula melakukan ujian kenderaan panduan automatik yang akan menjadikan tekanan memandu ke tempat kerja setiap hari sebuah sejarah silam. Jadi apakah yang akan dilakukan oleh penumpang kenderaan panduan automatik di masa hadapan sekiranya mereka tidak perlu lagi memandu?

Ford-Paten-Wayang-1Ford sudah mempatenkan sistem wayang bergerak di dalam ruang penumpang kenderaan mereka. Menurut paten yang difailkan 1 Mac lalu, sebuah skrin akan muncul dari bumbung kenderaan dan menutupi skrin hadapan kenderaan apabila ia mula memandu secara automatik. Sebuah projektor pada bahagian belakang akan memancarkan video pada skrin ini. Penumpang kini boleh menikmati filem ataupun siri TV pada skrin yang besar sebelum mereka tiba di destinasi. Sekiranya penumpang mahu memandu kenderaan secara manual, skrin akan dilipat semula dan video yang ditonton secara automatik akan dipaparkan pada konsol tengah kenderaan dan juga pada cermin memandang belakang.

Ford-Paten-Wayang-2

Idea yang boleh dianggap gila sekarang dan berbahaya tetapi siapa tahu mungkin dalam masa sedekad lagi ia akan menjadi sesuatu yang normal. Hanya 10 tahun yang lalu idea peranti pintar mudah alih yang akan menggantikan keperluan memiliki komputer riba adalah dianggap gila tetapi kini sudah menjadi realiti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Ford Mempatenkan Sistem Wayang Bergerak Di Dalam Kereta Panduan Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info