Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android N Developer Preview Sedia Dicuba – Hadir Dengan Sokongan Split-Screen

Google hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan Android N Developer Preview, sekaligus membolehkan para pembangun untuk mencuba terlebih dahulu sebelum Google berkongsi mengenainya di Google I/O kelak. Pengenalan Android N Developer Preview ini boleh dikatakan agak mengejut dan lebih laju berbanding sebelum ini.

Bercakap mengenai Android N, semestinya ramai yang bertanyakan mengenai fungsi baru yang bakal dibawakan olehnya. Salah satu fungsi baru pada Android N adalah kebolehan untuk menggunakan dua aplikasi pada masa yang sama melalui fungsi Split-Screen. Untuk makluman, terdapat beberapa pengeluar yang mengintegrasikan fungsi split-screen pada antaramuka mereka, dan semestinya ia sesuatu yang menarik untuk melihat akhirnya Google sendiri mengintegrasikan fungsi berkenaan.

Android N

Disamping itu, kini Android N juga turut mengintegrasikan fungsi dinamakan Direct Reply Notification, membolehkan pengguna membuat balasan untuk sesuatu notifikasi terus tanpa perlu membuka aplikasi berkenaan.

Android N Reply

Google turut mengatatakan kini Android N lebih efisyen, dan fungsi Doze yang telah diperkenalkan sebelum ini kini lebih menjimatkan bateri – termasuk ketika pengguna mematikan skrin peranti. Google turut mengintegrasikan sokongan Java 8 pada Android N, disamping menjadikan ia lebih mesra untuk pelbagai spesifikasi peranti.

Untuk Android N Developer Preview ini, Google buat pertama kalinya membolehkan ia diterima dalam kemaskini berbentuk OTA, berbanding perlu flash fail baru setiap masa.

Android N Developer Preview boleh diuji pada Nexus 6, Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus Player, Nexus 9 dan Pixel C.

Seperti biasa, Google menekankan yang mana Android N Developer Preview lebih ditujukan kepada pembangun dan bukannya pengguna umum.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android N Developer Preview Sedia Dicuba – Hadir Dengan Sokongan Split-Screen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info