Sembang Maniac

Sembang-sembang je

VAIO Memperkenalkan Telefon Windows 10 Mobile Mereka, VAIO Phone Biz

Sony telah mengasingkan operasi VAIO beberapa tahun sebelum ini, dan ia memfokuskan kepada pengeluaran komputer riba sebelum ini. Hari ini, mereka turut menambah telefon pintar baru dibawah penawaran mereka, iaitu sebuah telefon pintar yang dinamakan sebagai VAIO Phone Biz.

VAIO Phone Biz

VAIO Phone Biz hadir menggunakan Windows 10 Mobile, dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dna dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 617 dan memori 3GB RAM. Walaupun ia merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan, namun ia turut menyokong fungsi Continuum.

VAIO Phone Biz menggunakan kamera belakang 13-megapixel untuk rakaman. Peranti ini akan dijual di pasaran Jepun sahaja buat peringkat awal ini, dan tidak diketahui lagi bilakah akan memasuki pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "VAIO Memperkenalkan Telefon Windows 10 Mobile Mereka, VAIO Phone Biz"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info