Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spesifikasi PC Untuk Menggunakan HTC Vive Diumumkan – Memerlukan Nvidia GTX 970

HTC Vive ialah salah satu dari dua peranti realiti Maya kelas tinggi yang akan dijual pada harga mencecah RM 3000 bermula tahun ini. Ia bersaing secara terus dengan Oculus Rift dan ia turut mampu digunakan untuk menyelam ke dalam dunia maya permainan PC. Spesifikasi minimum PC yang mampu menggunakan Vive kini diketahui dan ianya seperti berikut. Dari segi spesifikasi yang diperlukan lebih rendah berbanding apa yang diperlukan untuk menggunakan Oculus Rift. Vive hanya memerlukan RAM sebesar 4 Gigabyte berbanding 8 Gigabyte pada Oculus Rift. Seperkara lagi hanya 1 port USB 2.0 diperlukan berbanding 2 USB 3.0 pada Oculus Rift.

HTC-Vive-retail

CPU : Intel Core i5-4590, AMD FX 8350

Kad Grafik : Nvidia GeForce GTX 970, AMD Radeon R9 290
RAM: 4 GB
Output Video : HDMI 1.4, DisplayPort 1.2
Port USB : 1x USB 2.0
Sistem Operasi : Windows 7 SP1, Windows 8.1 dan Windows 10

Teknologi VR dijangka meletup tahun ini dengan pengeluar peranti seperti Samsung, Alcatel dan LG turut mengeluarkan peranti realiti maya mereka. Persoalannya adakah pengguna mempunyai minat memilikinya. Harus diingat apa yang dimahukan oleh pengeluar tidak semestinya selari dengan apa yang dimahukan pengguna. Contoh terbaik kegilaan menghasilkan peranti pintar dengan paparan 3D muncul bagaikan cendawan pada tahun 2011. Kemudian muncul pula kegilaan menghasilkan televisyen pintar dengan paparan 3D dua tahun yang lalu. Kedua-dua teknologi ini gagal mendapat sambutan pengguna kerana harga yang tidak mampu milik serta tiada keperluan segera untuk memilikinya. Apakah pendapat pembaca Amanz? Adakah peranti realiti maya sesuatu yang anda mahukan atau hanya akan gagal seperti dua teknologi yang kami sebutkan tadi?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Spesifikasi PC Untuk Menggunakan HTC Vive Diumumkan – Memerlukan Nvidia GTX 970"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info