Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memperkenalkan Pelekap Telinga Pintar – Xperia Ear

Sony selain mengumumkan tiga telefon pintar baru, mereka juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa produk dibawah jenama Xperia yang ingin memudahkan kehidupan harian pengguna. Produk pertama yang diumumkan dibawahnya adalah Xperia Ear, iaitu sebuah pelekap telinga pintar.

Xperia Ear menawarkan sokongan komunikasi tanpa wayar. Pengguna hanya perlu melekapkannya pada telinga, dan ia berhubung secara tanpa-wayar le telefon pintar anda.

Xperia Ear

Seterusnya, menggunakan Xperia Ear, selain untuk menjawab panggilan, pengguna turut boleh menggunakannya untuk membuat carian pelbagai informasi seperti semak jadual harian, cuaca, mahupun keadaan cuaca.

Xperia Ear dijana menggunakan teknologi suara Sony, dan ia boleh memberikan respon kepada pertanyaan pengguna. Anda boleh menggunakannya dalam memudahkan komunikasi, sebagai contoh menyuruhnya membuat panggilan, mencari lokasi sesuatu tempat, dan pelbagai perkara lain.

Sony bakal memasarkan pesaing kepada Moto Hint ini dalam beberapa bulan lagi. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Memperkenalkan Pelekap Telinga Pintar – Xperia Ear"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info