Sony telah memperkenalkan keluarga peranti baru mereka di Mobile World Congress yang diadakan pada minggu ini, dan berkongsi lanjut mengenainya, hari ini Sony Mobile Malaysia mengesahkan mereka akan membawa masuk model Xperia X, dan untuk pasaran tempatan, Xperia X dwi-SIM akan diperkenalkan.
Xperia X merupakan telefon pintar terbaru yang diperkenalkan oleh Sony, hadir dengan rekaan ikonik mereka, disamping pada masa yang sama menawarkan sokongan rakaman kamera yang baik hasil perkongsian teknologi dengan pasukan kamera Sony.
Xperia X membawakan skrin bersaiz 5-inci, menggunakan cip Snapdragon 650, bateri berkapasiti 2650mAh, memori 3GB RAM, dan kamera belakang 23-megapixel. Untuk rakaman selfie, ia menyertakan kamera hadapan 13-megapixel.
Xperia XA pula membawakan skrin 5-inci dengan paparan 720p, cip MediaTek Helio P10, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Tiada sokongan pengimbas cap jari pada Xperia XA.
Selain Xperia X, Sony Xperia XA turut dilihat akan dibawa masuk, yang mana membawakan rekaan skrin dengan bingkai tepi yang sangat nipis.
Pihak Sony Mobile Malaysia mengatakan mereka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai penawaran, dan harga jualannya tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Malaysia Akan Membawa Masuk Siri Xperia X Versi Dwi-SIM Tidak Lama Lagi"