Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Weekly Bundle Menawarkan Permainan Yang Dibuat Di Singapura

Humble Bundle merupakan salah satu perkhidmatan yang popular dikalangan kaki gamer, dimana mereka menawarkan pelbagai permainan video daripada penerbit terkemuka mahupun penerbit indie pada harga yang boleh ditetapkan oleh pembeli. Terkini, pada minggu ini, mereka membawakan Humble Weekly Bundle : Made In Singapore.

Humble Bundle Singapore

Melalui penawaran permainan yang dibuat di Singapura ini, beberapa permainan yang ditawarkan adalah termasuk Tom Clancy Ghost Recons : Phantoms Squad Starter Pack, Rocketbirds : Hardboiled Chicken, dan juga Cubetractor – selain dua permainan Android iaitu Mooncake Shop dan juga Autumn Dynasty. Pengguna juga turut boleh menikmati beberapa permainan tambahan dengan membuat sumbangan purata.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Humble Weekly Bundle hari ini untuk menyemak tawaran yang disediakan, selain pada masa yang sama membantu badan kebajikan dengan melakukan pembelian.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Humble Weekly Bundle Menawarkan Permainan Yang Dibuat Di Singapura"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info