Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Laman Rasmi Alvin Tan Dipadam Oleh Facebook

Alvin Tan ialah antara individu paling kontroversi di dalam sejarah negara. Beliau yang memulakan “kerjaya” sebagai seorang pelakon dewasa yang menghasilkan video lucah kemudian memulakan kerjaya baru sebagai penghina negara paling terkemuka. Sejak berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat Alvin terus memuat naik pelbagai video, status dan gambar yang mengganggu sensitiviti agama majoriti rakyat Malaysia.

Alvin-Tan

Terbaru beliau memuat naik gambar aksi menyapu najis pada naskah Al Quran selepas kehabisan tisu tandas. Sekali lagi tindakan beliau menerima kecaman pelbagai pihak dengan beberapa laporan polis dilakukan. Pelbagai ancaman diterima oleh beliau menerusi laman Facebook tetapi beliau nampaknya masih tidak memakan saman. Hari ini laman untuk peminat beliau Alvin Yolo dipadam oleh pihak Facebook. Pengumuman ini dilakukan sendiri oleh Alvin melalui laman peribadi beliau beberapa jam yang lalu. Tiada alasan diberikan namun pastinya adalah hasil dari kempen melaporkan laman ini kepada Facebook kerana penghinaan agama yang melampau. Sungguhpun begitu laman peribadi beliau masih lagi beroperasi.

Pemadaman laman Facebook ini kami rasakan unik kerana sebelum ini Mark Zuckerberg pernah berkata mereka mengamalkan konsep kebebasan bersuara.  Beliau menegaskan tiada penapisan akan dilakukan oleh pihak mereka, Kenyataan dilakukan selepas jutaan pengguna Muslim menggesa Facebook memadamkan laman yang dikatakan menghina Rasulullah. Sejak kebelakangan ini mereka juga memadamkan akaun pengguna yang menyokong ISIS dan pages anti Islam yang melampau. Mungkin mereka akhirnya menyedari keuntungan dari berbillion pengguna adalah lebih bermanfaat dari menjadi laman kebebasan bersuara.

Alviin-Tan-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Laman Rasmi Alvin Tan Dipadam Oleh Facebook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info