Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memenangi Rayuan Saman Apple – Tidak Perlu Membayar $119 Juta

Bagai aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku. Ini adalah dua peribahasa menunjukkan hubungan rapat antara dua entiti di muka bumi. Bagai Samsung dengan saman paten Apple juga boleh digunakan sebagai peribahasa moden era paska PC. Samsung berjaya disaman Apple pada tahun 2014 kerana dikatakan menggunakan tiga paten mereka dan harus membayar ganti rugi sebanyak $119.6 Juta.

Apple vs Samsung

Paten yang menjadi perbalahan ialah sistem pengenalan pautan pada skrin, sistem mentatal untuk nyahkunci peranti dan sistem pembetulan ejaan automatik. Mahkamah mendapati paten yang dimiliki Apple adalah tidak sah kerana sudah dipatenkan oleh pihak lain terlebih dahulu. Samsung juga sebenarnya menggunakan teknologi yang berbeza dari yang dipatenkan.  Tambah memalukan mahkamah kini mendapati Apple pula bersalah menggunakan paten milik Samsung tanpa kebenaran. Perbahalan ini akan berterusan selagi Samsung dan Apple kekal sebagai dua pengeluar peranti terbesar di dunia. Banyak pengeluar lain yang boleh dituduh meniru rekaan Apple tetapi masih belum disaman.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memenangi Rayuan Saman Apple – Tidak Perlu Membayar $119 Juta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info