Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Menutup Fasiliti Pengeluaran Televisyen Di Seremban Pada April Ini

Di Malaysia, Samsung mempunyai beberapa fasiliti pengeluaran produk mereka. dan salah satunya adalah fasiliti pengeluaran televisyen mereka di Seremban, Negeri Sembilan. Terkini, Samsung mengumumkan meeka akan menutup operasi kilang berkenaan menjelang bulan April 2016 ini.

Samsung mengatakan ia merupakan salah satu langkah strategik dalam menambah-baik kadar efisyen perniagaan mereka secara keseluruhannya.

Pada hari ini, kilang berkenaan mempunyai lebih kurang 475 pekerja tempatan dan 145 pekerja asing. Samsung mengatakan mereka akan menyediakan pakej pampasan yang berpatutan, dan pada masa yang sama menawarkan latihan dan tawaran untuk berpindah ke fasiliti Samsung lain sekiranya terdapat posisi yang bersesuaian.

Di Malaysia, selain daripada kilang dan fasiliti pengeluaran televisyen, Samsung juga turut mempunyai fasiliti pengeluaran ketuhar dan juga bateri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Akan Menutup Fasiliti Pengeluaran Televisyen Di Seremban Pada April Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info