Peranti “kelas pertengahan premium” Sony Xperia X Performance dilancarkan semalam dan ianya mempunyai spesifikasi yang tinggi bagi peranti kelas pertengahan. Ia mempunyai saiz kamera yang besar, binaan premium serta pemproses yang ditemui pada LG G5 dan Samsung Galaxy S7. Rekaannya logam sepenuhnya juga kelihatan menarik dan memperbaiki kelemahan yang ditemui pada Xperia Z5. Mari lihat perbandingan spesifikasi Xperia X Performance dengan dua peranti utama terkini di pasaran iaitu LG G5 dan Galaxy S7. Adakah Sony masih mampu bersaing?
Sony Xperia X Performance
-
5" Saiz Paparan
Skrin 5" Triluminos IPS LCD pada resolusi HD Penuh dengan kepadatan pixel 441 PPI.
-
Snapdragon 820
Pemproses 64 bit empat teras Snapdragon 820 digunakan.
-
3GB RAM
RAM sebesar 3 Gigabyte.
-
32GB Storan
Muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte.
-
200GB MikroSD
Menyokong kad MikroSD sehingga 200 Gigabyte.
-
23MP Kamera
Kamera utama 23 Megapixel 1/2.3'' Exmor™ RS dengan sistem pemfokusan Predictive Hybrid AF. Lensa 24 mm f/2.0 sudut lebar digunakan.
-
13MP Kamera Hadapan
Kamera hadapan 13 Megapixel 1/3'' Exmor™ RS dengan lensa 22 mm sudut lebar f/2.0.
-
4G LTE
Menyokong rangkaian 4G LTE. Menyokong dwi-SIM bersaiz nano.
-
2700 mAh Bateri
Bateri sebesar 2700 mAh digunakan dan tidak boleh ditanggalkan. Sistem pengecasan pantas Qnovo Adaptive Charging memastikan hayat bateri bertahan lebih lama.
-
Android 6.0 Marshmallow
Menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar Sony.
LG G5
-
5.3" Saiz Paparan
Menggunakan skrin 5.3-inci dengan paparan IPS LCD Quantum Display pada resolusi QHD. Skrin berkembar dengan skrin pada panel atas sentiasa aktif memaparkan notifikasi.
-
Snapdragon 820
Pemproses Snapdragon 820.
-
4GB RAM
RAM sebesar 4 Gigabyte LPDDR4.
-
32GB Storan
32GB ruangan storan terbina berasaskan kepada UFS.
-
2000GB MikroSD
Penambahan memori dalaman sehingga 2 Terabyte menggunakan kad MikroSD.
-
16+8MP Kamera
Kamera belakang berkembar 16-megapixel dengan sokongan OIS dan kamera 8 Megapixel lensa lebar.
-
8MP Kamera Hadapan
Kamera hadapan 8-megapixel.
-
4G LTE
Hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.
-
2800 mAh Bateri
Bateri 2800 mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Bateri boleh ditanggalkan dan meluncur ke bawah melalui dagu peranti.
-
Android 6.0 Marshmallow
Mengggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka LG UX.
Samsung Galaxy S7
-
5.1" Saiz Paparan
Menggunakan skrin 5.1-inci dengan paparan Super AMOLED dan resolusi QHD. Kepadatan pixel 557 PPI.
-
Snapdragon 820/Exynos 8890
Exynos 8890 Lapan Teras (2.3 X 4 + 1.6 X 4 GHz) atau Snapdragon 820 Empat-Teras (2.15 X 2 + 1.6 X 2 GHz)
-
4GB RAM
RAM LPDDR4 sebesar 4 Gigabyte setanding seperti yang ditemui Galaxy Note 5. Peranti keluarga Galaxy S pertama dengan RAM sebesar ini.
-
32/64GB Storan
32 atau 64 GB ruangan storan terbina berasaskan kepada UFS 2.0.
-
200GB MikroSD
Penambahan memori dalaman sehingga 200 Gigabyte. Mengembalikan semula sokongan ini selepas tidak wujud pada S6.
-
12MP Kamera
Kamera belakang 12-megapixel dengan sensor Dwi-Pixel serta sokongan OIS. Lensa f/1.7 untuk rakaman cahaya yang lebih baik.
-
5MP Kamera Hadapan
Kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa f/1.7.
-
4G LTE
Hadir dengan sokongan 4G LTE menggunakan Nano SIM.
-
3000 mAh Bateri
Bateri 3000mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Turut menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar.
-
Android 6.0 Marshmallow
Mengggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar TouchWiz
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perbandingan Sony Xperia X Performance, LG G5 & Samsung Galaxy S7"