Adobe hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi penyuntingan gambar mereka, Adobe Lighroom untuk Android, dimana bersama-sama dengannya, sejumlah fungsi baru disertakan.
Salah satu perkara yang mencuri perhatian ramai padanya adalah sokongan aplikasi kamera terbina yang membolehkan rakaman gambar dalam format DNG. Ia menggunakan API Android khusus untuknya, dan berkemungkinan peranti dengan versi Android lama tidak akan menyokong sokongan ini.
Disamping itu, beberapa fungsi baru turut disertakan untuk pengoptimasian dan penyuntingan gambar dalam bentuk – dan pada masa yang sama membolehkan ia dibawa terus untuk disunting pada Adobe Premiere Clip dengan satu tap sahaja.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Adobe Lightroom hari ini, dan menggunakannya dalam merakamkan gambar dalam bentuk RAW/DNG.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adobe Lightroom Untuk Android Kini Menawarkan Sokongan Rakaman Gambar Dalam RAW"