Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengeluar Peranti Termurah Dunia Freedom 251 Memulangkan Semua Wang Pelanggan

Freedom 251 dinobatkan sebagai peranti pintar termurah di dunia dua minggu lalu kerana dijual pada harga hanya ₹251 (RM15) sebuah. Peranti Android ini menerima sambutan luar biasa dari warga India sehingga lamannya mengalami gangguan selepas menerima 600 000 permintaan sesaat. Kesemua slot 30000 pra tempahan Freedom 251 habis dalam masa hanya beberapa minit. Selepas menerima laporan media dalam dan luar negara beberapa berita kurang senang mula muncul mengenai syarikat yang menjual peranti ini.

Terdapat tuduhan bahawa Freedom 251 ialah skim ponzi yang menipu pengguna. Ketika dilancarkan Ringing Bells, pengeluar Freedom 251 mendakwa keseluruhan peranti dibuat di India dan menerima insentif kerajaan. Ini adalah penyebab mengapa ia dijual pada harga tidak masuk akal. Apabila peranti ini diterima oleh beberapa wartawan di India, mereka mendapati ianya adalah peranti yang diimport dari China dan tidak dibuat di India seperti yang didakwa.

Freedom 251 2

Nama syarikat China yang menghasilkannya dipadam dengan cat putih dan pelekat bendar India yang murah diletakkan pada panel belakang. Paling mengejutkan Ringing Bells masih belum membina kilang untuk menghasilkan peranti pintar ini! Teori popular di India sekarang ialah Freedom 251 adalah gimik oleh Ringing Bells untuk mencari modal membina kilang mereka. Sepanjang tempoh pratempahan mereka mengumpul bayaran berjumlah 61.7 Juta (RM 3.776 Juta).

Selepas pendedahan dilakukan, Ringing Bells kini mengumumkan mereka akan memulangkan kesemua wang pratempahan ini kepada pengguna. Kepada yang masih berminat untuk membeli Freedom 251, mereka perlu mendaftar sekali lagi dengan email dan nombor telefon. Hanya satu peranti dibenarkan dibeli oleh setiap individu. Tiada bayaran pratempahan dikenakan sebaliknya wang hanya perlu dibayar pembeli apabila peranti diterima oleh mereka (COD).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengeluar Peranti Termurah Dunia Freedom 251 Memulangkan Semua Wang Pelanggan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info