Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Mula Menghalang Akses VPN Pengguna Eropah

Januari lalu pengguna Netflix Australia yang menggunakan VPN bagi menonton kandungan dari Amerika syarikat mengadu akses mereka kini dihalang. Semalam pengguna di beberapa negara Eropah pula melaporkan perkara yang serupa. Pengguna dari United Kingdom, Jerman, Sepanyol dan Republik Czech akan menerima kod M7111-1331-5059 yang menghalang mereka dari menonton sebarang program mereka. Akses hanya dibenarkan selepas VPN tidak lagi digunakan.

Netflix

Netflix mula melakukan sekatan ke atas pengguna VPN kerana masalah pelesenan di negara-negara tertentu, Ini adalah sebab mengapa siri Netflix popular seperti House of Cards tidak ditawarkan untuk pengguna Malaysia kerana hak penyiaran sudah dijual kepada sebuah syarikat TV berbayar tempatan, Pengguna di Malaysia setakat ini masih belum dihalang untuk mengakses kandungan dari Netflix luar negara. Sekiranya ini berlaku ia pastinya menghadkan kandungan yang boleh ditonton. Sejak dilancarkan di Malaysia Januari lalu, kami hanya melihat penambahan program yang kecil. Seleksi filem juga jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Netflix Amerika Utama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Mula Menghalang Akses VPN Pengguna Eropah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info