Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC 2016 : HTC One X9 – Peranti Spesifikasi Pertengahan

Di Mobile World Congress tahun ini selain dari HTC mengumumkan penjualan peranti realiti-maya HTC Vive mereka, mereka turut mempamerkan peranti terkini keluaran mereka. HTC One X9 merupakan peranti terbaru dari mereka, dan mempunyai spesifikasi kelas pertengahan.

HTC One X9
Skrin 5.5-inci 1080p
Pemproses MediaTek Heli X10 2.2GHz 8-teras
Memori 3GB RAM
Storan 32GB / Kad Mikro-SD Sehingga 200GB
Ciri-ciri HTC BoomSound,
Kamera Utama 13 MP / Rakaman Video 4K / OIS
Kamera Depan 5MP / Rakaman Video 1080p
Sistem Android 6.0
Kapasiti Bateri 3,000 mAh, Pengecasan pantas

Dari segi rekabentuk, ia mengikut bahasa rekaan HTC, dengan rekaan Unibody aluminium dan juga kawasan kamera yang mempunyai kemasan berlainan. pada bahagian belakang berhampiran bawah peranti ini terdapat garisan yang selalunya dilihat pada rekaan peranti HTC. Di bahagian hadapan pula rekaan pembesar suaranya terdapat pada atas dan bawah peranti ini bagi menyokong fungsi HTC BoomSound.

HTC BoomSound adalah fungsi bagi menambah baik kualiti bunyi dan memberikan pengalaman menonton video pada kualiti stereo. Ia diperkuatkan lagi dengan sokongan Dolby Audio, memberikan kualiti audio yang lebih tinggi. Dengan fungsi ini, anda tidak lagi memerlukan fon telinga untuk menonton video pada peranti ini.

Dari segi spesifikasi, HTC One X9 ini menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio X10 2.2GHz lapan-teras 64-bit dengan memori sebanyak 3GB RAM. Pujian harus diberikan kepada peranti ini kerana telah menambah-baik kapasiti RAM, seiring dengan pesaing-pesaing lain. Dari segi storan, ia dilengkapi dengan ruangan storan 32GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD sehingga 200GB.

MWC2016 - HTC One X9 IMG_0176 MWC2016 - HTC One X9 IMG_0173

MWC2016 - HTC One X9 IMG_0262

Untuk fungsi kamera pada peranti ini, kamera utamanya dilengkapi dengan sensor pengimejan 13 MP dengan pelbagai kekuatan. Kamera utama ini juga mempunyai penstabil imej optikal yang turut mampu merakam video dengan resolusi 4K, serta mod professional yang menyokong tetapan manual untuk merakam gambar. Untuk kamera hadapan pula ia dilengkapi dengan sensor 5MP. Mungkin nampak kecil namun ia mampu merakam video dengan resolusi HD penuh, 1080p. Jika anda gemar merakam video selfie, pada resolusi penuh tersebut, rakaman anda akan mempunyai kualiti yang tinggi.

MWC2016 - HTC One X9 IMG_0268

Walaubagaimanapun, peranti yang mampu merakam video beresolusi 4K ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 5.5-inci yang hanya mempunyai resolusi skrin pada HD penuh, iaitu 1080p. Ini sekaligus menimbulkan satu masalah dimana pengguna perlu televisyen atau monitor dengan resolusi 4K, bagi menonton rakaman yang telah dibuat pada resolusi tersebut. Mungkin ini bukan satu masalah utama sekiranya anda sudahpun mempunyai televisyen 4K namun memandangkan paparan 4K merupakan satu masa yang baru, mungkin fungsi ini bukan satu ciri-ciri terpenting, mengikut citarasa masing-masing.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini adalah ia turut menyertakan ruang untuk dua kad-SIM, salah satu perkara yang disukai dan memudahkan pengguna. Kapasiti bateri pada peranti ini juga agak besar, iaitu sebesar 3,000 mAh. Bagi memudahkan pengecasan pada kapasiti sebegini, HTC One X9 turut menyertakan fungsi pengecasan pantas dan juga fungsi penjimatan tenaga.

MWC2016 - HTC One X9 IMG_0184 MWC2016 - HTC One X9 IMG_0179

HTC One X9 beroperasi menggunakan Android Marshmallow dengan sistem paparan antaramuka HTC Sense. Namun sewaktu ujian kami menggunakan peranti ini, ia menggunakan Android Lollipop. Memandangkan HTC One X9 sudah mula dipasarkan di China, berkemungkinan set yang dipamerkan ini tidak dikemaskini. Mungkin apabila peranti ini hadir ke pasaran tempatan, ianya akan dikemaskini supaya lebih relevan dan dapat bersaing dengan peranti lain yang beroperasi menggunakan Android Marshmallow.

Tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan tetapi melihat pada beberapa penawaran ciri-ciri yang terkini seperti pengecasan pantas, rakaman video 4K, RAM 3GB, kapasiti bateri 3,000 mAh, HTC One X9 bakal bersaing dengan peranti pada kelasnya. Peranti ini telah mula dijual di China pada harga 2399 Yuan (~RM 1587) dan tidak diketahui bilakah peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC 2016 : HTC One X9 – Peranti Spesifikasi Pertengahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info