Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Turut Memulakan Ujian Beta Android 6.0 Marshmallow Untuk Huawei P8

Huawei pada malam semalam telah mulakan pendaftaran minat bagi mereka yang ingin mencuba Android 6.0 Marshmallow Beta pada Huawei Mate 7. Selain daripada phablet mereka, kini pengguna yang menggunakan Huawei P8 turut sama boleh mendaftarkan minat untuk menguji perkara sama.

Huawei P8 Marshmallow

Untuk mereka yang menggunakan Huawei P8 – telefon pintar flagship Huawei pada tahun 2015 yang lepas, anda boleh mendaftarkan minat untuk menguji sistem operasi Android terkini, iaitu Android 6.0 Marshmallow – yang mana turut hadir dengan antaramuka EMUI 4.0.

Android 6.0 Marshmallow membawakan pelbagai pembaharuan baru, termasuk fungsi Now on Tap untuk memudahkan carian pada sebarang aplikasi, pengoptimasian penggunaan bateri, dan juga pengoperasian yang lebih lancar. Jika anda menggunakan Huawei P8, anda boleh daftarkan minat anda hari ini, dan mencuba Android 6.0 Marshmallow Beta lebih awal berbanding pengguna lain seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei Turut Memulakan Ujian Beta Android 6.0 Marshmallow Untuk Huawei P8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info