Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Butang Home 3D Touch – Tiada Lagi Butang Fizikal?

Penggunaan butang fizikal semakin dilupakan pada peranti Android. Tetapi penggunaannya masih lagi kekal pada peranti iOS kerana ia digunakan sebagai tempat untuk meletakkan pengimbas cap jari. Ura-ura butang home fizikal ini bakal dihentikan telah kami dengari sejak dua tahun kebelakangan ini. Apple tidak pernah menidakkan ura-ura ini dan kemungkinan besar butang home akan dihentikan penggunaannya di masa hadapan. Mereka mempatenkan rekaan butang home yang menggunakan teknologi 3D Touch.

apple paten 3d touch

Tiada komponen bergerak digunakan pada rekaan baru ini dan pengimbas cap jari terbina masih dikekalkan. Kelebihan sistem baru ini ialah kebarangkalian butang home mengalami kerosakan selepas digunakan ribuan kali dapat dihapuskan dengan tiadanya komponen mekanikal. Menjadikan peranti kalis air juga lebih mudah kerana tiada ruang yang boleh dimasuki air seperti yang wujud pada butang home fizikal sekarang. Tubuh peranti juga boleh dinipiskan lagi kerana komponen 3D Touch tidak memerlukan ruang yang tinggi seperti butang fizikal. Sekiranya anda menggunakan peranti iOS, adakah anda bersedia untuk peranti tanpa butang home fizikal?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Butang Home 3D Touch – Tiada Lagi Butang Fizikal?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info