Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fitbit Hadir Dengan Gelang Tangan Kecergasan Baru, Fitbit Alta

Fitbit merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan penawaran peranti pintar memfokuskan kecergasan. Hari ini, mereka menambah sebuah gelang tangan baru dibawah keluarga peranti mereka, dinamakan sebagai Alta dan bakal dijual bermula bulan Mac kelak.

Fitbit Alta

Fitbit Alta menawarkan fungsi asas untuk pemantauan kecergasan, dimana pengguna boleh memantau aktiviti mereka, langkah perjalanan, kualiti tidur, dan turut mendapatkan notifikasi daripada telefon pintar melaluinya. Ia hanya hadir dengan fungsi asas sahaja, dan tidak mempunyai pemantau kadar denyutan nadi.

Fitbit dilihat lebih memasarkannya sebagai aksesori fesyen dan turut boleh memantau aktiviti kecergasan pengguna. Fitbit Alta membolehkan pengguna mengubah tali mengikut rekaan dan warna kegemaran mereka. Tali tambahan boleh dibeli pada harga tambahan – dimana hadir dalam beberapa versi berbeza.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Fitbit Hadir Dengan Gelang Tangan Kecergasan Baru, Fitbit Alta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info