Laman YouTube dihalang aksesnya di Pakistan selepas insiden melibatkan video The Innocence of Muslim empat tahun yang lalu. Filem pendek yang didakwa menghina kehidupan Rasulullah ini mengakibatkan berlakunya rusuhan di Pakistan dan beberapa negara bermajoriti penganut Islam. Selepas menerima jutaan protes, video ini akhirnya dipadamkan oleh YouTube yang pada awalnya enggan memadamnya atas alasan kebebasan bersuara.
Selepas empat tahun akhirnya YouTube kini kembali boleh diakses di Pakistan dengan laman khas. Youtube edisi khas memberikan akses kepada Kementerian Teknologi Maklumat dan Telekom Pakistan untuk menyaring kandungan yang dirasakan sensitif kepada penduduk negara bermajoriti Islam ini. Kandungan boleh dihalang akses ataupun dipadam sekiranya menerima permintaan dari kementerian tersebut. Nampaknya di akhir hari Google masih mementingkan keuntungan dari kebebasan bersuara. Mungkin dengan wujudnya kes seperti ini, tidak mengejutkan lebih banyak negara lain akan turut meminta edisi khas YouTube mereka sendiri.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pakistan Menerima Youtube Khas Dengan Kandungan Yang Disaring"