Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NVIDIA Drive PX 2 Diumumkan – Cip Berkuasa Untuk Kereta Dengan Pemanduan Automatik

Kenderaan automatik atau dengan pemanduan sendiri merupakan salah satu arena yang dilihat oleh pelbagai syarikat pada tahun ini. Untuk menguasakan sistem tersebut, semestinya sebuah cip pemprosesan berkuasa diperlukan, dan untuknya, kini NVIDIA mengumumkan NVIDIA Drive PX2.

NVIDIA Drive PX2

NVIDIA Drive PX2 ini merupakan penambah-baikkan kepada Drive PX tahun lepas, dimana kali ini ia memfokuskan kepada kuasa pemprosesan tinggi yang diperlukan untuk kenderaan dengan pemanduan sendiri. Pihak NVIDIA sendiri mengatakan kuasa pemprosesan yang ditawarkan olehnya adalah bersamaan dengan kuasa pemprosesan 150 MacBook Pro.

Melalui kuasa yang tinggi ini, ia membolehkan kenderaan menganalisa persekitaran dan membuat keputusan serta-merta ketika sedang memandu. Pihak NVIDIA sendiri mengatakan ia merupakan sebuah supercomputer untuk kenderaan.

Dengan pengenalan ini juga, ia memperlihatkan yang mana NVIDIA bukan sekadar memfokuskan penawaran grafik kepada permainan video sahaja, tetapi juga turut menawarkan penyelesaian dalam arena perkomputeran berkuasa.

Melengkapkan pengumuman NVIDIA ini juga adalah pengenalan DIGITS, iaitu platform deep-learning yang sangat diperlukan oleh kenderaan untuk memahami keadaan persekitaran di jalan raya.

NVIDIA turut mengatakan yang mana pihak Volvo adalah antara pengeluar pertama yang akan menggunakan Drive PX2 pada kenderaan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "NVIDIA Drive PX 2 Diumumkan – Cip Berkuasa Untuk Kereta Dengan Pemanduan Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info