Bagi pengguna Android, terdapat pelbagai pilihan papan kekunci maya yang boleh digunakan pada peranti anda mengikut kesesuaian dan keselesaan bagi anda. Salah satu papan kekunci yang popular pada platform tersebut adalah Flesky. Setelah sekian lama ditawarkan secara berbayar, hari ini, ia berubah apabila Flesky kini mula ditawarkan secara percuma.
Dengan penawaran percuma ini, mereka menyasarkan untuk menambah lebih banyak pengguna baru untuk aplikasi berkenaan, selain mula menjana pendapatan melalui jualan tema dan penambahan berbayar untuk papan kekunci berkenaan.
Melalui Flesky, ia menawarkan kemudahan untuk menaip dengan paparan papan kekunci pada saiz lebih besar, selain beberapa sokongan pintas untuk memadam mahupun undo menaip sesuatu perkataan.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Flesky untuk Android secara percuma, dan menggunakannya untuk menjadikan proses menaip pada peranti anda lebih mudah dan pantas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Papan Kekunci Maya Flesky Kini Ditawarkan Percuma Untuk Android"