Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Portal Khas Untuk Kanak-Kanak Hilang Dilancarkan Polis Diraja Malaysia

Sebanyak 338 kes kanak-kanak dan remaja yang hilang sejak tahun 2011 masih belum dapat diselesaikan. Kanak-kanak yang hilang ini tidak diketahui nasib mereka dan malang sekali telah dilupakan masyarakat. Bagi memudahkan carian kanak-kanak/remaja hilang dan memberikan orang ramai akses kepada maklumat mengenai mereka, Polis Diraja Malaysia melancarkan Portal Kanak-Kanak Hilang (knk2hilang.rmp.gov.my) .

POrtal-Kanak-Kanak-Hilang-PDRM

Melalui laman ini kesemua senarai kanak-kanak/remaja yang hilang dapat dilihat sekaligus lengkap dengan gambar mereka. Maklumat tentang bilakah mereka hilang dan tanda pengenalan diri turut disertakan. Terdapat juga senarai pegawai polis yang boleh dihubungi sekiranya anda mengetahui lokasi kanak-kanak/remaja yang hilang ini mengikut negeri. Sebuah inisiatif yang sangat baik oleh pihak PDRM bagi menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja.

TPOrtal-Kanak-Kanak-Hilang-PDRM-3etapi jika kami boleh berikan sedikit komen membina, ada baiknya jika gambar beresolusi lebih tinggi digunakan. Ada beberapa gambar individu hilang langsung tidak jelas dan adalah gambar dari flyer yang dicetak di atas kertas. Terdapat juga gambar yang senget tidak berwarna. Bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti mereka yang hilang ini ada baiknya gambar yang lebih berkualiti digunakan. Seperkara lagi ialah alamat laman web yang terlalu panjang dan sukar untuk dihafal. Sekiranya yang membaca ini adalah pihak PDRM, diharap saranan kami ini boleh dipertimbangkan kerana kami rasakan idea Portal Kanak-Kanak Hilang ini boleh mendatangkan pelbagai kebaikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Portal Khas Untuk Kanak-Kanak Hilang Dilancarkan Polis Diraja Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info