Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hyundai Memperlihatkan Aplikasi AR Dalam Usaha Memudahkan Tugasan Baik-Pulih Kenderaan

Hyundai merupakan salah satu pengeluar kenderaan terkemuka, dan sebelum ini, mereka telah hadir dengan aplikasi AR (Augmented Reality) sebagai ganti untuk buku panduan kenderaan.

Hyundai AR

Terkini, Hyundai sekali lagi menggunakan teknologi sama, tetapi dalam usaha membolehkan pemilik kenderaan mengenal pelbagai bahagian kenderaan dengan mudah – disamping melakukan tugasan baik-pulih asas pada kenderaan mereka.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka aplikasi berkenaan (dimana akan mengaktifkan kamera), dan seterusnya menghala kepada bahagian-bahagian yang dikehendaki. Seterusnya, arahan dan informasi berkaitan akan dipaparkan pada aplikasi berkenaan.

Hyundai akan menawarkan aplikasi ini pada Hyundai Sonata 2015 dan 2016, selain akan memperluaskan penggunaan aplikasi serupa pada pelbagai keluarga kenderaan Hyundai akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Hyundai Memperlihatkan Aplikasi AR Dalam Usaha Memudahkan Tugasan Baik-Pulih Kenderaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info