Dua lalu kami paparkan Fontus Ryde, alat yang menghasilkan air minuman dari udara yang dipasang pada sebuah basikal. Penunggang boleh menghasilkan bekalan air minuman bersih ketika menunggang basikal mereka. Kini teknologi yang sama digunakan pada botol air Airo. Seperti Ryde, air minuman bersih dihasilkan dengan menarik kelembapan udara yang wujud di sekitar pengguna.
Fontus Airo dapat menghasilkan 500 mL air minuman sejam di dalam situasi optimum. Ianya sesuai digunakan oleh mereka yang meminati aktiviti luar dan risau kehabisan bekalan minuman. Kelemahan yang wujud pada sistem Airo ialah ia hanya sesuai digunakan di kawasan luar bandar. Ini adalah kerana ia menarik molekul air dari udara tanpa sebarang tapisan. Sekiranya digunakan di kawasan bandar, molekul air yang tercemar akan diubah menjadi air yang turut tercemar. Fontus Airo masih lagi dalam proses diperhalusi dan masih belum dipasarkan tetapi ia mungkin anda ciptaan yang penting dan boleh menyelawatkan nyawa mereka yang tersesat di dalam hutan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fontus Airo – Botol Minuman Menghasilkan Air Dari Lembapan Udara"