Facebook pada hari ini telah menjadi salah satu laman perkongsian sosial terkemuka, dan turut memiliki laman perkongsian gambar popular – Instagram. Terkini, Facebook dilihat telah memfailkan paten mereka untuk sebuah fungsi dan platform baru, iaitu untuk berkongsi kenderaan ke sesuatu lokasi.
Seperti ramai sedia maklum, Facebook mempunyai halaman khusus untuk perkongsian acara, dinamakan Facebook Events. Fungsi baru yang dipatenkan ini dilihat akan diintegrasikan pada bahagian berkenaan, membolehkan pengguna menyatakan sama ada mereka akan memandu ke acara berkenaan ataupun sebaliknya.
Dan sekiranya anda memandu, anda boleh menetapkan berapa ramai boleh menumpang kenderaan anda, dan siapa yang boleh naikinya – sama ada kawan-kawan sahaja atau terbuka kepada yang lain.
Memandangkan Facebook mempunyai pelbagai data mengenai seseorang pengguna, maka mereka akan menggunakannya dalam memastikan yang menumpang kenderaan tersebut adalah yang paling terdekat atau mempunyai minat yang serupa antara satu sama lain.
Buat masa ini, Facebook sekadar memfailkan paten ini sahaja dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan ataupun tidak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Mungkin Akan Hadir Dengan Platform Berkongsi-Kenderaan"