Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dilaporkan Merancang Menjual 320 Juta Telefon Pintar Pada 2018

Samsung kini menduduki tangga teratas dalam senarai pengeluar peranti mudah-alih dunia, dan sering menerima cabaran hebat daripada pelbagai pengeluar lain. Dalam usaha mengekalkan kedudukan di tangga teratas, pengeluar peranti dari Korea Selatan perlu mengekalkan angka pengeluaran dan jualan peranti yang tinggi.

Kini, menurut laporan yang hadir daripada Korea Selatan, memetik sumber-sumber industri, ia dikatakan Samsung menyasarkan untuk menjual sekitar 320 juta telefon pintar pada 2018 ini.

Angka yang disasarkan ini adalah tidak begitu jauh berbeza dengan angka 2017 – dan ia dilihat Samsung tidak meletakkan sasaran yang lebih tinggi kerana pasaran berkenaan yang semakin tepu dari hari ke hari.

Menurut laporan sama, Samsung turut dikatakan menyasarkan untuk menjual sekitar 40 juta telefon bimbit, 20 juta tablet, dan 5 juta peranti boleh-pakai.

Buat masa ini, angka ini adalah daripada sumber-sumber industri, dan bukannya daripada pihak Samsung secara terus. Untuk tahun 2018 ini, Samsung telah pun mulakan dengan pengenalan Galaxy A8 (2018), dan dijangka akan meneruskan momentum dengan pengenalan Galaxy S9 dalam dua tiga bulan lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Merancang Menjual 320 Juta Telefon Pintar Pada 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info