Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows 10 Dilaporkan Telah Terpasang Pada Lebih 200 Juta Peranti

Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 pada tahun ini, iaitu salah satu sistem operasi terbaru daripada mereka, membawa pelbagai perubahan positif dan penambah-baikkan yang dinantikan pengguna berbanding Windows 8.1 sebelum ini.

Windows 10 menyertakan fungsi Start menu, kebolehan menjalankan aplikasi Windows 10 pada desktop, sokongan desktop maya, integrasi Cortana dan pelbagai ciri-ciri menarik yang lain.

Windows 10 telah dilancarkan sekitar 5 bulan yang lepas, dan melalui laporan tidak rasmi, ia dikatakan pemasangan Windows 10 telah pun melangkaui 200 juta peranti seluruh dunia.

Angka ini tidak mustahil untuk dicapai, apatah lagi dengan pihak Microsoft menawarkan kemaskini Windows 10 secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan Windows 8.1, selain kemaskini Windows 10 yang dimuat-turun dan dihantar kepada pengguna melalui Windows Update.

Angka ini juga mungkin akan menarik perhatian lebih ramai pembangun untuk hadir dengan aplikasi dan penawaran mereka untuk pengguna Windows 10. Microsoft bakal memperkenalkan kemaskini Windows 10 untuk telefon pintar bermula tahun 2016.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows 10 Dilaporkan Telah Terpasang Pada Lebih 200 Juta Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info