Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Akan Menggunakan Skrin OLED Daripada Samsung Dan LG Pada iPhone

iPhone, seperti ramai sedia maklum, mengintegrasikan pelbagai komponen daripada pihak-pihak berbeza, dan hadir dioptimasikan untuk memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna. Tidak lama sebelum ini, desas-desus mengenai iPhone akan menggunakan teknologi paparan OLED telah kedengaran, dan kini ia hadir sekali lagi.

Apple dilaporkan dalam fasa perbincangan dengan Samsung dan LG Display, untuk membolehkan kedua-dua syarikat berkenaan menawarkan panel skrin untuk telefon pintar akan datang daripada Apple kelak.

Buat masa ini, LG sedia menawarkan panel untuk Apple Watch, dan jika mereka terpilih, ia akan memerlukan LG Display untuk memperluaskan pengeluaran mereka untuk dapat menampung pengeluaran skrin mereka.

Sebelum ini, ia telah dikatakan iPhone akan beralih daripada menggunakan skrin LCD kepada skrin OLED – tetapi dijangkakan hanya berlaku pada produk mereka pada 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Akan Menggunakan Skrin OLED Daripada Samsung Dan LG Pada iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info