Pengimbas cap jari ialah fungsi yang kini dianggap wajib wujud pada peranti pintar. Tahun 2016 melihat peranti kelas permulaan mula menjadikannya fungsi standard bagi meningkatkan tahap keselamatan peranti. Terdapat pelbagai sistem imbasan digunakan. Ada terletak di hadapan seperti iPhone, belakang seperti Nexus 6P dan sisi seperti Xperia XZ. Kini wujud sebuah lagi sistem imbasan keluaran Synaptics.
Synaptics FS9100 ialah pengimbas cap jari optikal yang terbina pada skrin. Ia boleh diletakkan di belakang kaca dengan ketebalan maksimum 1mm. Dengan sistem Synaptics ini, bahagian dagu yang besar pada peranti tidak lagi diperlukan untuk meletakkan pengimbas cap jari. Menurut Synaptics, FS9100 kalis air, tahan calar dan tidak mempunyai komponen bergerak. Ini meningkatkan ketahanannya berbanding pengimbas cap jari fizikal sedia ada.
Sistem imbasan cap jari Syanaptics FS9100 ini akan mula dihasilkan tahun hadapan dan dipercayai akan pertama kali digunakan pada Samsung Galaxy S8 dengan rekaan skrin sepenuhnya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Diumumkan Oleh Synaptics"