Tahun ini, kejohanan sukan elektronik atau e-sports agak mendapat perhatian ramai – apatah lagi dengan pembentukan Persatuan E-Sukan Malaysia, dan kini, mereka turut mengadakan Malaysia Cyber Games untuk mengenal-pasti dan memilih pasukan DoTA 2 kebangsaan yang akan membawa nama Malaysia.
Melalui kejohanan yang diadakan pada penghujung minggu ini, pelbagai pasukan telah menyertainya, dan Team SatuDuaTiga (Team 123) telah memenangi kejohanan tersebut. Seperti dijanjikan, pasukan tersebut kini dikenali dengan nama Taring – iaitu nama untuk pasukan kebangsaan. Pasukan Taring akan menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk sokongan kewangan, fasiliti untuk latihan, pengurus pasukan, tajaan, dan juga akan membawa nama Malaysia.
Dengan pemilihan ini, kita mungkin akan turut melihat mereka bersaing dan menyertai arena sukan elektronik ini dengan lebih aktif, serta mungkin juga kita akan dapat melihat sokongan kerajaan dalam pelbagai permainan elektronik yang lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Team SatuDuaTiga Kini Menjadi Taring – Pasukan Kebangsaan Untuk DoTA 2"