Sembang Maniac

Sembang-sembang je

2 Bilion Peranti Android Aktif Dan 82 Bilion Aplikasi Dimuat-turun Di Google Play Store

Lanjutan daripada acara Google Playtime SEA 2017, pihak Google juga telah memberikan beberapa fakta menarik mengenai muat-turun aplikasi di Google Play Store kebelakangan ini.

Salah satu daripadanya ialah jumlah aplikasi yang telah dimuat-turun melalui Google Play Store. Pihak Google telah menyatakan bahawa sehingga kini, terdapat 2 bilion peranti aktif dan 82 bilion aplikasi telah dimuat-turun melalui laman aplikasi mereka.

Daripada jumlah pembina aplikasi mereka yang besar pula, didapati bahawa 35 peratus daripada mereka kini mampu membina aplikasi yang akan dimuat-turun sejuta kali dalam masa sebulan sahaja. Ini juga berkait dengan kenaikan pendapatan pembina sebanyak 150 peratus tahun-ke-tahun yang direkodkan kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Google juga berkata bahawa peningkatan kualiti dan jumlah aplikasi oleh pembangun dari rantau Asia Tenggara hadir dari usaha syarikat tersebut melarikan acara-acara seperti Indie Games Developer Day dan Indonesia Games Contest yang dihadiri oleh pelbagai pembina aplikasi di seluruh rantau ini.

Dalam pada itu, Google juga telah mula menjual kad hadiah Google Play di lebih 700,000 lokasi di 30 buah negara di seluruh dunia, dan ini, bersama-sama dengan kebolehan membeli aplikasi melalui telko membolehkan lebih ramai orang lagi membeli aplikasi ataupun melakukan pembelian-dalam aplikasi dengan lebih mudah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "2 Bilion Peranti Android Aktif Dan 82 Bilion Aplikasi Dimuat-turun Di Google Play Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info