Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bagaimana Menetapkan VPN Percuma Menggunakan Opera 38 Dev

Opera 38 Dev boleh dimuat turun sekarang dan ia hadir dengan fungsi VPN percuma terbina. Ini membolehkan anda mengakses laman yang dihalang di pejabat ataupun menstrim kandungan video yang dihalang mengikut geolokasi. Kami sudahpun memuat turun pelayar web ini dan pada awalnya mengalami masalah menetapkan sistem VPN percuma yang disertakan. Sekiranya kami sendiri mengalami sedikit masalah kerana tiada tutorial disertakan, kami rasakan ada baiknya jika kami menyediakan tutorial ini.

Opera-VPN-1

  1. Selepas Opera 38 Dev telah dipasang pada komputer anda sila pergi ke skrin tetapan. Singkatan pantas ialah ALT + P pada komputer Windows.
  2. Pergi ke pilihan Privacy & Security.
  3. Terdapat pilihan untuk VPN. Pilih kotak Enable VPN.
  4. Pada kotak URL alamat kini anda akan melihat pilihan untuk VPN.
  5. Pilih salah satu daripada tiga lokasi VPN yang disediakan iaitu Amerika Syarikat, Kanada atau Jerman.
  6. Anda kini menggunakan VPN dan boleh mengakses kandungan yang dahulunya disekat mengikut geolokasi IP komputer anda.
  7. Sebagai contoh siri animasi Samurai Chaploo di Youtube kini boleh ditonton. Malang sekali sekiranya anda pengguna Netflix, penggunaan VPN kini dihalang dan pensriman kandungan dari luar Malaysia tidak lagi dibenarkan.

Opera-VPN-3

Muat turun pelayar web Opera 38 Dev

Penggunaan VPN adalah pada peringkat pelayar web sahaja, dan bukannya pada peringkat sistem operasi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Menetapkan VPN Percuma Menggunakan Opera 38 Dev"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info