Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Bakal Memperlihatkan Tiga Projek Samsung C-Lab Pada CES 2016

Samsung hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan memperlihatkan tiga projek baru dibawah program inovasi Samsung, Creative Lab. Tiga projek yang akan diperlihatkan oleh Samsung adalah tali pingan pintar WELT, TipTalk yang membolehkan anda mendengar suara yang dihantar melalui badan anda, dan juga sebuah alat kawalan permainan untuk peranti realiti-maya, rink.

Samsung Welt

WELT merupakan sebuah tali pingan pintar yang hadir daripada Samsung C-Lab, membolehkan pengguna memantau aktiviti harian dan juga kesihatan mereka dengan lebih efektif. WELT boleh merekodkan saiz pingan pengguna, langkah perjalanan yang diambil sehari, dan juga masa yang anda habiskan tanpa bergerak. Sebuah aplikasi khusus turut disertakan untuk mengakses datanya.

Samsung Rink

Rink pula merupakan alat kawalan untuk peranti realiti-maya. Samsung sedia hadir dengan Gear VR, dan ini dilihat melengkapkannya, dan membolehkan pengguna membuat kawalan dan berinteraksi dengan lebih selesa pada dunia realiti-maya.

Samsung TipTalk

TipTalk pula merupakan sebuah pengalaman pengguna yang baru, membolehkan pengguna mendengar bunyi yang dikeluarkan daripada peranti seperti Gear S2, tanpa perlu menggunakan fon telinga atau fon kepala. Samsung mengatakan TipTalk ini berbentuk seperti tali jam tangan, dan boleh ditambah pada sebarang jenis jam tangan, dan boleh di sync ke telefon pintar.

Samsung bakal memperlihatkan ketiga-tiga projek ini pada CES 2015, dan mungkin kita akan dapat melihat ia di demonstrasikan tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Bakal Memperlihatkan Tiga Projek Samsung C-Lab Pada CES 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info