Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Filem BoBoiBoy Akan Ditayangkan Pada 3 Mac 2016

Pada awal tahun 2013, kami pernah melawat studio Animonsta dan berbual-bual mengenai perancangan mereka pada tahun tersebut. Salah satu perancangan mereka pada tahun tersebut adalah memulakan pembikinan filem animasi BoBoiBoy. Selepas 3 tahun berlalu, filem animasi BoBoiBoy akan muncul ke pawagam berdekatan pada 3 Mac 2016.

Idea berkenaan filem animasi BoBoiBoy ini telah mula dicanangkan oleh pengarahnya, Nizam Razak seawal tahun 2012. Bagi sesuatu studio animasi, mereka mempunyai keutamaannya tersendiri, seperti contoh jika bagi studio Digital Durian yang popular dengan siri animasi kanak-kanak Didi & Friends memfokuskan pembangunan animasi untuk saluran YouTube, Animonsta pula berhempas-pulas dengan siri animasinya yang disiarkan di TV3. Malah, filem yang dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun ini, ditunda ke tahun hadapan dan turut memberi kesan kepada beberapa siri animasi di televisyen. Untuk beberapa tahun ini, Animonsta dilihat telah menjalinkan kerjasama dengan TOMY bagi menghasilkan permainan BoBoiBoy dan Taman Tema Movie Animation Park Studios yang bakal dibuka di Perak pada April 2016.

Apapun penantian buat para peminat siri animasi ini bakal berakhir apabila tarikh 3 Mac 2016 tersebut sudah ditetapkan, dan dalam tempoh kurang dari 3 bulan ia bakal ditayangkan di pawagam tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Filem BoBoiBoy Akan Ditayangkan Pada 3 Mac 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info