Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Dikatakan Samsung Galaxy S7 Tertiris

Samsung Galaxy S6 ialah antara peranti terbaik sepanjang 2015. Ia mempunyai kemampuan kamera yang menakjubkan, binaan yang premium serta TouchWiz yang tidak lagi mengalami masalah sela masa. Tahun hadapan Samsung Galaxy S7 akan muncul dengan pilihan pemproses Snapdragon 820 dan Exynos 8890. Kedua-dua pemproses ini amat berkuasa dan pastinya akan membuatkan S7 antara peranti yang sangat dinantikan di pasaran. Hari ini rekaan yang dikatakan adalah S7 tertiris.

Samsung-Galaxy-S7-Render-1

Sekilas pandang tidak banyak perubahan dari S6. Perubahan paling ketara ialah butang home fizikal yang kini lebih kecil dan bersegi serta kedudukan talam SIM kini di sebelah kiri peranti. Rekaan modul kamera juga sama dan ini mungkin mengesahkan bahawa Duo Pixel yang dipatenkan oleh Samsung bulan lalu adalah sistem pemfoskusan pantas dan bukannya sistem kamera berkembar. Apakah pendapat anda tentang rekaan yang dikatakan S7 ini? Adakah perubahan yang kecil bagus ataupun anda lebih gemarkan perubahan lebih drastik dari model sebelumnya?

Samsung-Galaxy-S7-Render-3 Samsung-Galaxy-S7-Render-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Rekaan Dikatakan Samsung Galaxy S7 Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info