Fungsi 3D Touch pada iPhone 6S dan 6S Plus ialah sebab utama ramai pengguna iOS membeli peranti baru ini. Skrin kedua-dua peranti ini mampu mengesan tekanan dan ini membolehkan beberapa pilihan baru diaktifkan pada antaramuka aplikasi. Bagi pengguna peranti tanpa 3D Touch, mereka hanya mampu melihat dengan iri hati fungsi terbaru ini digunakan pada aplikasi popular seperti Instagram.
Namun ketiadaan 3D Touch tidak menghalang Instagram dari membenarkan pengguna Android dari menggunakan fungsi yang sama pada peranti mereka. Kemas kini terkini 7.13 membolehkan pengguna Android menekan gambar kecil dari galeri Instagram selama beberapa saat dan gambar tersebut akan membesar di dalam tetingkap kecil. Dari tetingkap kecil ini mereka boleh memilih untuk Like, meninggalkan komen dan berkongsi pautan gambar. Kesemua ini hanya wujud pada peranti dengan sokongan 3D Touch sahaja sebelum ini. Ini berita baik kepada pengguna yang tidak mampu membeli iPhone 6S. Fungsi yang dahulunya eksklusif pada sebilangan kecil peranti kini dikongsi oleh semua.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Untuk Android Kini Mempunyai Fungsi Seakan 3D Touch iOS"