Sistem pengecasan tanpa wayar pada perabot IKEA sudahpun dipasarkan di beberapa negara barat. Dengan teknologi ini anda boleh mengecas peranti tanpa wayar pengecas berselirat di atas lantai. Kami masih menanti kehadirannya di Malaysia kerana kami sudah bosan dengan jumlah wayar pengecas yang terlalu banyak di pejabat. Kesemua pengecas tanpa wayar IKEA ini masih memerlukan perabot disambungkan kepada palam elektrik di dinding. Oleh itu “tanpa wayar” sebenar masih belum menjadi realiti.
IKEA bekerjasama dengan beberapa pelajar dari Institute of Interaction in Copenhagen untuk menghasilkan pengecas tanpa wayar sebenar. Sumber tenaga yang akan mengecas peranti diambil dari haba makanan dan minuman yang diletakkan di atas meja makan ini. Plat termoelektrik diletakkan di dalam meja mengubah tenaga haba kepada tenaga elektrik. Tenaga haba yang selama ini terbuang dapat digunakan sebagai sumber tenaga percuma dan mesra alam. Ini juga bermakna teknologi ini boleh juga digunakan pada meja kerja. Haba dari komputer riba yang panas ketiga digunakan kemudian boleh dikitar semula untuk mengecas peranti yang memang biasanya diletakkan di atas meja kerja. Teknologi ni masih belum cukup matang untung kegunaan secara besar-besaran namun ianya pasti akan mengurangkan penggunaan elektrik dan mengelakkan pembaziran di masa hadapan. Umum diketahui tarif elektrik akan meningkat saban tahun. Sudah tiba masanya perabot juga menjadi lebih pintar untuk mengecas peranti pintar.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Meja Makan Termoelektik IKEA Mengecas Peranti Menggunakan Hanya Haba Makanan & Minuman"