Sebagai umat Islam, aplikasi yang boleh memberi kita notifikasi waktu solat dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan agama amat penting. ZAYAN merupakan sebuah jenama radio dan juga platform digital yang merujuk Muslim Kontemporari yang menjurus kepada kehidupan, travel, fesyen dan technology. ZAYAN juga memainkan lagu-lagu yang bergenre pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa.
Dan menariknya, mereka telah membangunkan aplikasi ZAYAN semasa pelancaran jenama radio tersebut pada awal November 2017 yang lalu. Aplikasi ZAYAN merupakan sebuah platform untuk umat islam di luar frekuensi ZAYAN dimana para pengguna boleh menggunakan aplikasi ini bagi mendengar radio secara langsung dan juga mengamalkan pengisian Islam yang terdapat dalam aplikasi ini.
Ciri umum untuk aplikasi seperti ini adalah fungsi peringatan waktu solat, diaman pengguna akan diberi notifikasi tentang waktu-waktu solat untuk lokasi yang anda telah tetapkan. Anda hanya perlu cari lokasi yang anda berada sekarang, dan anda boleh pilih sama ada untuk menerima notifikasi ataupun tidak apabila waktu solat telah masuk.
Apa yang menariknya dengan aplikasi ZAYAN dan aplikasi-aplikasi di luar sana adalah aplikasi ini boleh membuat kad ucapan digital. Ciri-ciri ini boleh direka mengikut kehendak pengguna dengan ayat-ayat yang berunsurkan islamik dan juga ucapan – ucapan perayaan. Ciri ini mempunyai ciri-ciri seakan aplikasi penyunting gambar seperti pilihan tulisan, pilihan warna dan pelbagai ciri-ciri penyunting gambar yang lain.
Selain itu, salah satu ciri penting adalah fungsi pembacaan Quran. Apa yang menariknya, aplikasi ini telah membahagikan ayat-ayat yang perlu dibaca supaya anda boleh khatam Al-Quran dalam masa 30 hari. Sebagai contoh, untuk hari pertama aplikasi ZAYAN telah dibahagikan kepada 5 sesi pembacaan Al-Quran untuk setiap hari. Ini boleh diamalkan untuk pengguna membaca Al-Quran setiap kali anda habis solat.
Pengguna juga boleh membaca ayat-ayat Al-Quran yang berpandukan video bacaan yang telah disediakan. Jadi sekiranya anda konsisten dalam mengamalkan aplikasi dwibahasa ini, anda boleh khatam Al-Quran dalam masa 30 hari.
Fungsi pengiraan tasbih pula boleh digunakan dengan cara menyentuh skrin setiap kali zikir diucapkan. Fungsi ini membolehkan anda untuk menyemak kembali bilangan zikir yang anda telah ucapkan. Seperti fungsi tasbih sebenar, setiap 33 biji tasbih akan diberi tanda. Begitu juga fungsi tasbih dalam aplikasi ini, setiap 33 kali skrin disentuh, anda akan diberi notifikasi bunyi dan skrin akan ditetapkan semula. Kemudian, apabila cukup 5 kali skrin ditetapkan semula, anda akan diberi zikir lain seperti Alhamdulillah, Laa ilaha illallah, Allahuakbar, dan Laa Hawla Walaa quwata illa billah.
Sekiranya anda sukar untuk mencari surau atau masjid untuk menunaikan solat, anda boleh meminta bantuan aplikasi ZAYAN untuk mencari lokasi surau atau masjid yang terdekat. Anda hanya perlu masukkan lokasi yang anda inginkan dan aplikasi ZAYAN akan mencadangkan beberapa buah lokasi solat yang terdekat dengan lokasi anda. Sekiranya anda sudah membuat pilihan, anda hanya perlu menyentuh pada pilihan yang diinginkan dan aplikasi ini akan membawa anda ke aplikasi Waze atau Apple Maps.
Aplikasi ini juga mempunyai fungsi calendar dimana memberi peluang kepada anda untuk melihat dan mengetahui tahun Masihi dan juga tahun Hijrah. Kalendar ini juga akan memberitahu anda Tarikh-tarikh penting untuk umat Islam, seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul. Manakala fungsi Tips pula memberikan anda petua-petua berguna seperti bagaimana untuk menjadi muslim yang produktif. Petua-petua ini juga boleh dijadikan sebagai kata-kata hikmah yang dapat memberi motivasi kepada anda.
Kemudian, untuk fungsi “Checklist” pula, ia memberi anda peluang untuk membuat refleksi diri secara harian. Sebagai contoh, terdapat 6 amalan yang perlu dilakukan setiap hari, antaranya zikir, senyum, menepati waktu solat dan sebagainya. Untuk setiap amalan yang anda sudah lakukan pada hari itu, anda hanya perlu menanda kedalam aplikasi tersebut. Fungsi ini bagus untuk anda membuat refleksi diri dan memperbaiki amalan anda setiap hari untuk menjadi mukmin sejati.
Jadi, aplikasi ini jelas diperlihatkan dapat memberi kebaikan kepada pengguna yang beragama Islam sekaligus dapat membantu pegguna dalam bentuk akhlak yang baik sekiranya pengguna konsisten dalam menggunakan aplikasi ini. Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini di App store untuk peranti iOS dan Google Play Store untuk Android.
Muat-turun: Aplikasi Zayan (iOS)
Muat-turun: Aplikasi Zayan (Android)
Penafian: Advertorial Dari Astro
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Zayan Membantu Anda Untuk Menjadi Muslim Produktif"