Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Komputer Riba Apple Dinobatkan Paling Tidak Mudah Rosak Di Pasaran

Komputer riba buatan Apple terkenal kerana dua perkara. Pertama ialah rekaan yang cantik yang kini menjadi ikutan pengeluar komputer riba yang lain. Kedua ialah ia juga terkenal dengan harga jualan yang mahal jika dibandingkan dengan komputer riba Windows berspesifikasi serupa. Jadi apakah yang anda dapat dengan bayaran lebih ini selain kelihatan lebih kacak ketika menggunakan WiFi percuma di kedai kopi borjuis antarabangsa?

Macbook

Menurut kajian oleh Consumer Reports yang melibatkan 58 000 pengguna, komputer riba Apple juga paling jarang rosak apabila dibandingkan dengan komputer riba yang lain. Kajian yang mengambil tempoh lima tahun untuk dilengkapkan ini mendapati hanya 7% MacBook Air dan 9% Macbook Pro mengalami kerosakan teruk dalam tiga tahun pertama pembelian. Komputer riba dengan kadar kerosakan paling kerap ialah Lenovo Y Series dengan 23%. Komputer riba Dell XPS dan Lenovo ThinkPad pula kedua-duanya mempunyai tahap kerosakan 15%. Jadi jelaslah disini komputer riba Apple mungkin dijual pada harga lebih mahal, tetapi keberangkatan anda mengalami masalah ketika menggunakannya adalah lebih rendah daripada pesaing.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Komputer Riba Apple Dinobatkan Paling Tidak Mudah Rosak Di Pasaran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info