Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Xpax Boleh Melakukan Perayauan Di Negara ASEAN Pada Harga Serendah RM1

Celcom kini membolehkan para pengguna pelan prabayar Xpax untuk kekal berhubung ketika berada di luar negara pada harga serendah RM1 sehari.

Melalui pakej 1 Day Roam Basic Internet, pengguna Xpax boleh kekal menggunakan WhatsApp, WeChat, dan pelbagai perkhidmatan permesejan sosial lain pada harga serendah RM1. Namun, ia terhad untuk pengguna di negara Indonesia, Singapura, Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Celcom Xpax Roaming

Seperti penawaran perkhidmatan internet asas lain, melalui langganannya, ia menawarkan akses internet pada kealjuan 64kbps. Mungkin disebabkan itu Celcom memfokuskan penawaran ini untuk perkhidmatan permesejan. Pengguna Xpax boleh melanggannya dengan mendail *118# daripada telefon mereka, dan mengaktifkan pakej 1 Day Basic Internet Pass pada harga RM1 sehari.

Celcom Xpax Roaming

Disamping penawaran ini, pengguna turut boleh melanggan pas RM10 untuk penggunaan internet berkelajuan tinggi 50MB dan 1GB untuk Facebook, Twitter, WhatsApp dan WeChat. Walaubagaimanapun penawaran ini hanya terhad di sekitar 10 buah negara sahaja.

Untuk negara lain, pengguna terpaksa melanggan pas data sehari untuk perayauan pada harga RM38 untuk kuota sehingga 500MB.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Xpax Boleh Melakukan Perayauan Di Negara ASEAN Pada Harga Serendah RM1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info