Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Memperkenalkan Fungsi Instant Articles Untuk Semua Pengguna Android

Hari ini, Facebook secara rasminya memperkenalkan fungsi Instant Articles untuk semua pengguna Android. Melalui Instant Articles, Facebook memaparkan artikel daripada beberapa rakan kerjasama mereka dengan lebih pantas berbanding membuka pautan seperti kebiasaan.

Facebook Instant Articles

Fungsi ini telah sedia diperkenalkan untuk pengguna iPhone, dan diuji dikalangan pengguna Android sebelum ini.

Bersama-sama pengumuman ini, Facebook juga turut menambah sejumlah rakan kerjasama baru untuk penerbitan menggunakan Instant Articles. Sebelum ini, di Malaysia hanya Sin Chew Daily sahaja yang menyokongnya – tetapi kini lebih kurang 10 penerbitan baru ditambah.

Antaranya termasuklah Astro AWANI, Berita Harian, China Press, Harian Metro, Malaysiakini, New Straits Times, Oriental Daily News Malaysia, dan juga The Star Online.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Fungsi Instant Articles Untuk Semua Pengguna Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info