Lapan hari sahaja lagi Xiaomi akan mengadakan pelancaran peranti baru dan mungkin juga komputer riba Mi Notebook. Peranti yang dijangka dilancarkan pula ialah Redmi Note 4 dan Mi5S. Spesifikasi untuk Redmi Note 4 akhirnya diketahui hari ini selepas gambar kotaknya tertiris ke arena web. Menarik sekali pemproses enam teras Snapdragon 650 pada Redmi Note 3 digantikan oleh pemproses 10 teras MediaTek Helio X20.
Spesifikasi lain yang diketahui ialah skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan sebesar 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera belakang 13 Megapixel dan kamera selfie 5 Megapixel. Ini adalah adalah agak menarik kerana kamera utama Redmi Note 3 ialah sebesar 16 Megapixel. Bateri 4100 mAh digunakan berbanding 4000 mAh pada model sebelumnya.
Apakah pendapat anda tentang spesifikasi ini? Kami sedikit kecewa kerana mengharapkan penggunaan Snapdragon 652. Harus diingatkan Redmi Note 3 dahulu turut mempunyai versi MediaTek sebelum versi Snapdragon diumumkan. Persoalan hanya akan terjawab pada 27 Julai hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 4 Tertiris – Menggunakan Pemproses Helio X20"