Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pasukan Tentera Elit Amerika Menghentikan Pengguna Peranti Android Dan Beralih Ke iPhone

Tentera elit seperti Delta, PASKAL, SEAL dan SAS ialah pasukan yang dihantar untuk misi paling berbahaya serta rahsia. Mereka menerima latihan paling berat dan diberikan kelengkapan paling berteknologi tinggi. Pasukan tentera elit Amerika misalnya dilengkapi sistem dron yang membolehkan mereka meninjau posisi musuh tanpa dikesan. Sistem Android Tactical Assault Kit  (ATAK) yang dipakai di tubuh ketika melakukan misi menggunakan sebuah peranti Android Samsung sebagai “otak” untuk mengawal sistem pintar yang dibawa oleh mereka.

ATAK Samsung Galaxy 1Laporan dari DODBuzz mendakwa pasukan tentera elit Amerika Syarikat kini menghentikan penggunaan peranti Android dan menggantikannya dengan iPhone 6S. Alasan yang diberikan ialah peranti Android Samsung yang digunakan kerap gagal berfungsi sehingga terpaksa dihidupkan semula berkali-kali. Pada waktu yang sama sistem pemetaan dan kawalan dron turut didakwa berfungsi lebih lancar pada sebuah iPhone 6S.

Model peranti Samsung yang bermasalah tidak didedahkan tetapi apabila ATAK diperlihatkan pada tahun 2012, sebuah Samsung Galaxy Note 3 yang diubahsuai telah digunakan (seperti di dalam gambar di atas). Kegagalan yang dilaporkan mungkin kerana usia peranti dan sistem operasi yang sudah berusia. Apa yang diketahui ialah kegagalan peralatan adalah tidak boleh diterima sama sekali ketika misi dijalankan. Di dunia awam Android mendominasi pasaran. Di dunia ketenteraan pula jelas sekali iOS adalah lebih boleh diandalkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pasukan Tentera Elit Amerika Menghentikan Pengguna Peranti Android Dan Beralih Ke iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info