Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Malaysia Bakal Melancarkan Tablet Permainan Mereka, Predator 8

Acer nampaknya, bukan sahaja akan memperkenalkan komputer riba memfokuskan permainan mereka esok, iaitu Predator 15 dan Predator 17 – sebaliknya mereka juga turut akan memperkenalkan sejumlah produk lain dibawah keluarga Predator, termasuk desktop, monitor dan juga tablet berasaskan Android – Predator 8 Gaming Tablet.

Acer Predator 8

Acer Predator 8 Gaming Tablet hadir dengan skrin bersaiz 8-inci dan paparan HD penuh pada resolusi (1920×1200 pixel), dan dijana menggunakan cip pemproesan Intel Atom x7 2.4Ghz. Tablet ini hadir dengan kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel. Tablet ini turut menyertakan memori 2GB RAM dan juga ruangan storan 32GB.

Dalam menawarkan pengalaman menggunakan media dan permainan yang menarik, Predator 8 ini turut menyertakan rekaan yang memfokuskan kepada pengemar permainan, dilengkapi sehingga 4 speaker, dan sokongan sensor yang baik.

Acer Predator 8 ini disenaraikan pada harga RM1499 pada laman jualan rasmi Acer Malaysia, dan ia bakal diumumkan secara rasminya esok. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya esok pagi secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Acer Malaysia Bakal Melancarkan Tablet Permainan Mereka, Predator 8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info