Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Predator 15 Dan Predator 17 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Esok – Harga Bermula RM6999?

Acer Malaysia menjadualkan sebuah acara media esok untuk pelancaran beberapa produk mereka yang memfokuskan kepada arena permainan, iaitu dibawah keluarga Predator. Acer Malaysia sebelum ini telah mula menawarkan monitor permainan Predator, dan terkini, mereka turut menyenaraikan komputer riba memfokuskan permainan melalui web jualan rasmi mereka.

Acer Predator Malaysia

Sebanyak empat model komputer riba Predator disenaraikan buat masa ini, iaitu dua variasi Predator 15 dan juga Predator 17.

Model asas untuk komputer riba Predator ini, iaitu Predator 15 hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Intel Core i7-6700HQ, kad grafik NVIDIA GeFore GTX960M 3G DDR5, memori terbina 16GB DDR4 RAM, dan ruangan storan gabungan 128GB SSD dan 1TB HDD.

Acer Predator Malaysia

Komputer riba ini hadir dengan sokongan dwi-speaker dengan teknologi Dolby Audio, selain turut menyertakan integrasi teknologi NVIDIA G-Sync pada monitor untuk paparan gambar yang cantik.

Acer juga turut menyertakan teknologi Killer DoubleShot Pro untuk membolehkan anda mengawal sambungan internet dan mengelakkan sebarang lengah masa ketika menggunakannya. Komputer riba seberat lebih 3kg ini turut mengintegrasikan teknologi thermal terbina yang sangat baik untuk elak ia menjadi panas.

Versi asas ini disenaraikan pada harga bermula RM6999, tambahan storan SSD dan memori sehingga 24GB DDR4 RAM ditawarkan pada harga RM8999. Acer turut mempunyai penawaran Predator 17 pada harga bermula RM7999 sehingga RM10999. Penyenaraian ini hanya dilakukan pada laman jualan rasmi Acer Malaysia sahaja buat masa ini, dan mereka dijangka akan melakukan pengumuman rasmi pagi esok – yang mana mungkin terdapat sedikit perubahan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Acer Predator 15 Dan Predator 17 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Esok – Harga Bermula RM6999?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info