Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rainbow Jawi Memudahkan Anak Anda Pelajari Penggunaan Dan Penulisan Jawi

Cool Code merupakan sebuah nama yang tidak asing dalam arena startup tempatan. Mereka sebelum ini telah hadir dengan permainan Didi & Friends hasil kerjasama dengan Astro, selain turut menawarkan sejumlah permainan berbentuk pendidikan. Terkini, Cool Code turut telah menerbitkan sebuah permainan berbentuk pendidikan baru yang dinamakan sebagai Rainbow Jawi.

Melalui Rainbow Jawi, aplikasi permainan berbentuk pendidikan ini memfokuskan kepada pembelajaran asas Jawi oleh kanak-kanak – terutamanya yang dibawah 10 tahun.

Rainbow Jawi

Aplikasi ini terbahagi kepada beberapa kategori, membolehkan anda memilih sama ada untuk belajar abjad terlebih dahulu, belajar menulis, atau melihat penggunaannya dalam bentuk perkataan. Disamping itu, aplikasi ini juga turut memaparkan pembelajaran angka Jawi melaluinya. Ia dilihat, pembangun aplikasi ini turut akan menawarkan kandungan tambahan dari masa ke semasa melalui Rainbow Jawi ini.

Rainbow Jawi

Komponen belajar menulis Jawi sendiri boleh dikatakan memberikan aplikasi ini sedikit kelebihan berbanding beberapa aplikasi seumpamanya yang lain. Ia membolehkan pengguna – terutamanya anak-anak anda berinteraksi dan belajar kaedah menulis, berbanding hanya belajar menyebutnya sahaja. Ibu bapa juga turut boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka ketika menggunakan mod ini.

Rainbow Jawi

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dan menggunakannya dalam mempelajari penggunaan Jawi. Aplikasi Rainbow Jawi ini ditawarkan untuk platform Android sahaja buat masa ini.

Muat-Turun Rainbow Jawi untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Rainbow Jawi Memudahkan Anak Anda Pelajari Penggunaan Dan Penulisan Jawi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info