Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Kini Turut Menawarkan Pengecas USB Dalam Kenderaan Dengan Sokongan Dwi-USB

Xiaomi mempunyai pelbagai jenis aksesori dan produk berbeza yang ditawarkan dibawah jenama mereka. Terkini, mereka turut menambah satu lagi aksesori dinamakan sebagai Mi USB Car Charger.

Xiaomi USB Car Charger

Seperti biasa, ia tidak membawakan perbezaan drastik berbanding pengecas dalam kenderaan yang lain. Xiaomi Mi USB Car Charger hadir dengan sokongan dwi-USB, membolehkan pengguna mengecas lebih dua peranti pada masa yang sama. Port USB pertama menyokong output tenaga sehingga 5V/3.6A sementara yang kedua adalah 5V/2.4A. Xiaomi turut mengatakan ia boleh digunakan untuk mengecas Macbook baru yang menggunakan pengecas USB Type-C.

Pihak Xiaomi mengatakan ia membahagikan tenaga dengan baik dan tidak memberikan kesan terhadap kenderaan atau peranti anda. Dari segi rekaan, ia hadir dengan rekaan berasaskan metalik, dan menawarkan paparan lampu ketika gelap.

Xiaomi Mi USB Car Charger ini hanya ditawarkan di China sahaja buat masa ini, pada harga 49 Yuan (~RM31).

Xiaomi USB Car Charger



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Kini Turut Menawarkan Pengecas USB Dalam Kenderaan Dengan Sokongan Dwi-USB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info